Akaun mtdh.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
MOBILEGRAPHY WORKSHOP

Program : MOBILEGRAPHY WORKSHOP

Info & Tujuan Program :

Salam sejahterah kami ucapkan, Kami pelajar kursus kokurikulum DHPD133 21 SA, Khidmat Masyarakat, UiTM Shah Alam, Selangor, ingin mengumpul dana bagi menjalankan program “MOBILEGRAPHY WORKSHOP” yang merupakan satu program yang dianjurkan oleh kami, di mana program ini akan dijalankan di atas talian melalui platform “google meet”, pada 18 December 2021 untuk menyelesaikan objektif program pada semester ini.

Tujuan kami menganjurkan program ini adalah untuk berkongsi ilmu mengenai mobilegraphy oleh kerana ianya merupakan hobi orang ramai terutama golongan remaja dan kemahiran untuk mengambil gambar tidak kira manusia, haiwan, permandangan atau alam sekitar. Melalui daripada program ini juga, kami ingin memperkenalkan dan memberi pendedahan lebih luas terhadap kemahiran mengambil gambar dan membuat suntingan gambar dengan menggunakan beberapa aplikasi serta membantu peserta menghasilkan gambar yang lebih menarik. Kami juga akan membuat pertandingan untuk “edit” gambar dan peserta yang menang akan berpeluang untuk memenangi hadiah. Selain itu, disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini, kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa membuat bisnes secara atas talian bagi menampung kos sara hidup mereka, terutamanya pelajar yang ingin membuat bisnes sambil belajar. Melalui program ini juga, dapat memberi manfaat kepada mereka untuk mengambil gambar makanan atau barang yang ingin dijual oleh mereka dengan lebih menarik agar dapat menarik perhatian pelanggan.

Kami berharap agar orang ramai  dapat membantu dan memberikan sumbangan berbentuk wang kepada yang sudi menderma bagi pelaksanaan program ini. Dana yang diberikan adalah untuk memberikan hadiah kepada peserta yang menang dan juga keperluan program. Bantuan anda amatlah kami hargai.

Di dalam program ini, kami menyasarkan peserta daripada golongan pelajar universiti dan orang awam bagi menjayakan dan memeriahkan lagi program yang kami anjurkan ini. Untuk mendaftarkan diri dalam program ini, bolehlah “scan” pada QR code yang terlampir pada poster kami.